followers !

nuffnang ads

Maharku Untukmu :)


salam semua. :)
 tajuk entry kali ni tak boleh blah.  hehe
penah tengok tak cerekarama Maharku Untukmu ? best !
alaaa.. yang nabila huda ngan adi putra belakon tuu..
tapi  bukan nak story pasal cerekarama ni..abis tu, dah nak kahwin ke ? 
eh, bukan macam tuu.. 
memandangkan next week nak kena present tajuk ni.. :)
nak la share sikit info pasal mahar..walaupun tak banyak.sikit pun jadilah.hehe

Mahar adalah WAJIB ! 
makna mahar dalam istilah syar'i  :
 pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

sabda Rasulullah SAW bermaksud :
" carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi "
( hadis riwayat Bukhari )

orang sekarang lebih pentingkan wang hantaran dari mahar.. betul tak ?
mungkin untuk guna masa majlis kahwin.yela, catering pun dah berapa kan. tak masuk yang laen lagi.
setiap sesuatu pasti ada hikmah. macam tu jugak mahar. antara hikmah disyariatkan mahar :
  • menujukkan kesungguhan seorang lelaki memiliki pasangannya. kerana nikah bukan perkara yang remeh
  • menunjukkan kemulian wanita
  • menujukkan cinta & kasih sayang seorang suami 
  • menunjukkan tanggungjawab suami dalam kehidupan rumah tangga dengan memberikan nafkah


as a conclusion, mahar adalah hak milik isteri.
islam tidak menetapkan kadar  max and min mahar seseorang wanita.bergantung kepada keadaan tempat dan suasana sesuatu tempat.tapi islam menganjurkan agar kita tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pulak terlalu rendah,

riwayat ahmad dan al-hakim : 
kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang rendah mahar.



gamba takda kaitan pun...hehe .
ok lah. have a nice day ! 
Thanks For Reading :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan